Selasa, 5 Oktober 2010

Ada ilmu ada amal...

Assalaamu'alaikum wtb..

Sebagai sebuah pengalaman untuk dikongsi buat semua ibubapa.

Ustaz dulu memasuki SMK dengan pilihan ibubapa sendiri. Tambahan pula dgn latarbelakang keluarga yg kurang mampu ketika itu, jadi ustaz kira keputusan ayahbonda menghantar belajar di asrama SUIS Pekan Tambunan dgn terpaksa mengikuti dua sesi pembelajaran yang berbeza disiplinnya ada logiknya [dan pada akhirnya memang ada hikmah besarnya]. Pagi ke SMK Tambunan dan petangnya menadah buku-buku agama di SUI...

Dari pengalaman dan cakap2 rakan2 pelajar seguruan ketika itu, mereka terasa sangat terbeban dgn kaedah pembelajaran sebegitu. Itu memang kenyataan. Bayang saja, siang malam dgn study. Pagi ke SMK & petangnya dgn keletihan sdh berada dlm kelas agama pula. malamnya mengaji lagi d masjid n turun saja dr masjid usai solat isyak.. belajar mlm pula sampai pkl 10 mlm dan 'semuanya perlu dijalani dgn disiplin' yang ketat.

Logiknya... klu ibubapa skng lihat bebanan anak2 dgn disiplin sbegitu.. terdetik d hati 'kesiannya anak2ku'.. tidak blh ka guru-guru atau warden toleran. Bagi la mereka ruang masa dgn aktiviti yg santai...

Dulu, ustaz sendiri pun bermain dek akal dan hati juga 'rungutan-rungutan nakal' seperti kawan2 yg lain. Malah dgn persekitaran pembelajaran yg ketat sebegitu akhirnya ramai kengkawan yg 'lari' ke sekolah atau asrama biasa.

Alhamdulillah, tamat PMR n lulus cemerlang ujian sijil agama... saya dipelawa pula oleh almarhum ustaz utk sambung pembelajaran menengah d kelantan [Ma'ahad Arabiah Pasir Mas - Kelantan] dan saya menrima dengan seadaanya...

Menjejak kaki d kelantan... masuk Ma'ahad Arabiah dgn berbekal ilmu bahasa Arab yg amat cetek, ustaz berusaha juga untuk menjawab tentangan n cabaran almarhum ustaz..

bayangkan... di ma'ahad arabiah kami perlu menduduki ujian atau exam yang 'besar-besar' setiap tahun - tingkatan empat [SMU - Sijil Menengah Ugama], tingkatan lima [SPM], tingkatan 6 bwh [STU - Sijil Tinggi Ugama] dan ting. 6 atas dgn STPMnya... fuuuh.. begitulah rutin tahunan student2 aliran agama atau arab. Dah tu subjek utk SMU & STU lebih kurang 20 subjek yg hanya dipelajari dlm masa kurang 7 bulan.

Berat bukan... tapi percayalah! dlm belajar agama n akademik ada bezanya.. ada 'keberkatannya'. buktinya saban tahun student2 aliran agama n arablah yg ramai mendominasi keputusan cemerlang [seperti d kelantan, terengganu, kedah, pahang & johor]...

Ustaz juga alhamdulillah sempat mencatat nama antara pelajar cemerlang STU seluruh kelantan pd tahun 1998.. syukur kpd almarhum ustazku, ibubapaku dan rakan2ku yang menyokong...

Sesungguhnya ustaz percaya... sebenarnya ada suatu nilai tambah yg dapat diperankan dan dimainkan oleh SMKA atau sekolah aliran agama yang tidak dpt disalur oleh asrama SMK biasa... sekurang2nya selain dpd anak2 belajar akademik d sekolah... mereka juga mendapat limpahan berkat dgn belajar ilmu2 agama, begitu juga pengamalannya... malah suasana persekitaran yg terkawal n diwarnai oleh nilai2 islamik juga sebenarnya menumbuhkan penghayatan mereka pd agama sekaligus dijelmakan pada sahsiah dan pekerti.

Khuatir anak terpengaruh dgn pelbagai gejala yg tdk manis... itu wajar dan mmg itu naluri tabi'e ibu ayah yg mahu anak2 berjaya. Namun, pelbagai polemik perlu kita timbang tara dgn wajar pula. Kekadang result anak2 biasa saja seperti teman2 mereka d SMK biasa atau yg ulang-alik.. tetapi 'anak2 yg menempah pekerti' di asrama agama tentunya ada kelainan pelbagai berbanding teman2 mereka itu. Semuanya kembali kpd 'agama dlm diri'..

ilmu akademik blh dapat d mana2 tp ilmu agama, suasananya dan penghayatan tentu hanya diperolehi pd gurunya dan pada tempatnya yg tersendiri...

semoga dgn memilih SMKA sebagai medan ilmu anak2, anak2 anda mendapat nilai tambah khas buat diri mereka. Bukan saja cemerlang akademik tetapi tersedia menjadi pewaris ibuayah yg soleh/solehah. insyaAllah...

Syabas buat ibubapa yang perihatin dengan masa depan anak-anak yang cerah...


Abu Miftah
04-10-2010M