Isnin, 25 Ogos 2008

Pilihanraya *** Antara dua mana pilihan hati ***

Assalamualaikum wtb...

Detik keramat 26 Ogos 2008 pastinya ditunggu-tunggu oleh seluruh warganegara Malaysia tidak kira apa jua bangsa. Inilah hakikatnya pergolakan politik praktik di negara ini. Hari tersebut (esok) sebenarnya adalah rentetan yang mewarnai pentas sejarah politik negara kita. Dikatakan hari esok dengan detik keramat kerana esok adalah hari penentu kepada era atau masa depan seluruh warganegara Malaysia.

Apapun yang akan berlaku, semuanya kita serahkan kepada kebijaksanaan para pemilih di Permatang Pauh. Kempen demi kempen dilakukan, 'perang poster', bahan edaran, sesi-sesi ceramah penerangan dari semua yang berkepentingan tidak kira skala besar mahupun kecil silih berganti. Malah tidak kurang pertelagahan di antara 2 pihak berseberangan orientasi dan ideologi politik memanaskan suasana kehangatan kempen yang diadakan.

Wahai para pemimpin tak kira siapa dan apa pun kepentingan Anda... sedarlah! kepemimpinan yang sedang anda perebutkan ini seharusnya disedari sebagai kerja bakti, peras keringat dan fikiran, ia adalah amanah besar. Ini adalah tanggungjawab! Dan tanggungjawab kepimpinan ini akan dinilai semua. Bukan saja di akhirat, bahkan di dunia ini (Malaysia) siapa jua yang tidak dipercayai satu saat akan lengser jatuh terpuruk jua.

Alangkah indahnya andai ANDA semua wahai pemimpin ( tidak kira yang ikhlas mahupun yang kemaruk diangkat kerana kepentingan), menyedari hakikat ini semua. Jangan jadi umpama kerbau yang asyik berlaga tanduk memperebutkan betina dan lagak angkuh yang hanya dia seekor pejantan hebat. Kerana kerbau asyik berhentam, akhirnya yang hancur rosak rumput...

Pemimpin sesama pemimpin asyik berhentam kerana kepentingan masing-masing (walaupun tidak dinafikan ada yang telus dan jujur). Akhirnya kerja entah ke mana. Yang ada berbangga dengan klaim itu dan ini. Kononnya itu kau yang buat, konon yang ini pun kaulah jua segalanya. Akhirnya ideologi politik 'saku & poket' memakan diri. Ekonomi negara ntah apa cerita. Politik ambruk. Harga diri melayang-layang bak kapuk. Yaaa.... Akhirnya rakyat bengong, rakyat keliru, rakyat memendam rasa terhina, rakyat merintih bla... blaa...

Wahai saudara... ANDA semua berhak menentukan pilihan yang terbaik. Jangan sampai keputusan kita sebagai rakyat, memenggal kepala sendiri. Ini adalah hak sebagai warganegara. Kebijaksanaan saudara semua penentu masa depan bersama. Lakukanlah dengan penuh bijak. Pengalaman telah silih berganti sebagai renungan dan ibrah. Masa depan negara dan rakyat tidak ada galang gantinya.

Kepada seluruh warga pemilih Permatang Pauh, malam ini muhasabah, renung-renungkan pilihan, istikhorohkan dan ikhtiarkan yang terbaik. Yakinlah! sekiranya anda tersalah dan khilaf memilih kepimpinan yang terbaik, malangnya bukan menimpa 'awak' seorang, malah melibatkan seluruh rakyat jelata. Saya yakin warga PP bijak-bijak dan cerdas belaka. Jangan ANDA hampakan 'kami' semua yang setia dengan kedaulatan kebebasan bernegara. Merdekakan minda, merdekakan pilihan anda.

Semoga PENGISIAN KEMERDEKAAN TANAHAIR TERCINTA INI masih menjadi agenda yang dipertahankan oleh anda semua. Selamat memilih untuk MERDEKA!

*** MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ****

( Ke Arah Merdeka Dunia dan Akhirat )

 0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home