Rabu, 14 Oktober 2009

Perjalanan Pulang....

Salam ukhwah Islamiyyah..

Mendamba 'Sirootol Mustaqim' dalam kehidupan yang panjang....

Sungguh! Hidup ini ceritanya cuma ‘bagaimana untuk kembali ke sana’. Kerana kita dari sana dan ke sana pula kita seharusnya menuju. Itulah al-jannah / syurga atau kampung halaman kita. Maka takdir kita untuk diuji di sini sebagai penapisan atau prelude. Maka untuk selamat kembali ke sana, ALLAH dan para utusanNYA telah memberikan tuntunan secukupnya dan selengkapnya.

Soalnya – antara mahu dan tidak sahaja. Bagi mereka yang rindu dengan kampung halaman di akhirat berusahalah mengikuti rambu-rambu aturan kehidupan yang disediakan. Sedangkan bagi yang ‘enggan / abaa’ – hanya dirinya sendiri yang menentukan.

“Semuanya akan masuk syurga kecuali bagi mereka yang enggan – illa man abaa” – mafhum hadis

 0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home